Kuasa pengampunan.

Walaupun asalnya kuasa pengampunan ini ialah kuasa budi bicara institusi beraja, Perkara 42(4)(a), Perlembagaan Persekutuan meletakkan syarat bahawa kuasa pengampunan itu hendaklah dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.

Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 42(5), dibaca secara bersama dengan Perkara 42 ( 11 ) itu terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut Perkara 42( 8 ) mesyuarat Lembaga Pengampunan hendaklah bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Perkara 42( 9 ) pula menyatakan bahawa sebelum memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat yang mungkin diberikan Peguam Negara mengenai perkara itu.

Anwar diampunkan dan dibebaskan pada 16 Mei 2018.

Tetapi tiada siapa yang menjawat sebagai Peguam Negara sejak 12 Mei 2018 selepas PRU14 setelah kerajaan PH pecat Apandi Ali.

Pengganti Apandi iaitu Tommy Thomas hanya angkat sumpah pada 5 Jun 2018.

Tiada siapa juga yang menjawat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu sehingga Khalid Samad mengangkat sumpah pada 2 Julai 2018.

Sebab itu pengampunan Anwar sedang dicabar dalam Mahkamah sebab didakwa langgar Perlembagaan Persekutuan.

PH selalu kata mereka akan ikut “Rule of Law” tapi realitinya ialah mereka langgar semua termasuk Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement